fb fb fb fb fb

TikTok padam 2,113 video bersifat provokatif

PUTRAJAYA, 7 Disember- Sebanyak 2,113 video bersifat provokatif dan ekstremis telah dipadamkan secara automatik oleh penyedia aplikasi TikTok sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hingga 26 November lalu.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, daripada jumlah tersebut sebanyak 857 video dipadamkan sepanjang kempen bermula 12 hingga 18 November, manakala 130 rakaman lagi dikekang ketika hari pengundian, pada 19 November lalu.

"Pada 20 hingga 26 November sebanyak 1,126 video kekangan secara automatik saya difahamkan oleh pihak TikTok ia bersandarkan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dimiliki oleh aplikasi itu sendiri.

"Pada masa yang sama maklumat yang kami terima sepanjang tahun 2022 bermula 1 Januari hingga 5 Disember 2022 daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga telah memberikan sejumlah aduan kepada TikTok untuk menurunkan video dan jumlahnya adalah 202," katanya dalam sidang media di Putrajaya, di sini.

(Fahmi Fadzil)

Tambah beliau sebanyak 95 video diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti, manakala 28 video lagi dipadamkan kerana melanggar undang-undang negara.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan kementerian akan mengadakan pertemuan dengan penyedia perkhidmatan media sosial bagi membincangakn isu berkaitan penyebaran maklumat palsu serta kandungan bersifat agresif.

Pertemuan itu akan memberi ruang kepadanya untuk memahami kerangka awal setiap penyedia perkhidmatan media sosial di negara ini.

Jelas beliau lagi pertemuan tersebut membolehkan penyedia perkhidmatan media sosial akan lebih bersikap prihatin terhadap undang-undang negara serta menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat.

Media Baharu