fb fb fb fb fb

Rakyat Sarawak diajak kekal bersatu hadapi cabaran ekonomi tahun hadapan- Dr Sim

(FOTO HIASAN)

KUCHING, 7 Disember- Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengajak rakyat Sarawak untuk kekal bersatu padu dalam menghadapi cabaran ekonomi global menjelang tahun hadapan.

Dalam video ringkas yang dimuat naik di laman telegram rasmi beliau berkata semangat perpaduan sedemikian amat penting seperti mana yang telah ditunjukkan ketika berdepan Pandemik COVID-19.

"Marilah kita kekal bersatu agar semangat perpaduan seperti semasa COVID-19 dapat mengatasi kesusahan yang mendatang" katanya.

Sementara itu, pembentukan Kerajaan Perpaduan daripada gabungan parti politik diyakini mampu membentuk sebuah kerajaan yang stabil walaupun berlainan ideologi.

Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab berkata Sarawak menyambut baik dengan pembentukan kerajaan perpaduan.

Jelas Ir Yusuf, ini kerana wakil rakyat dari Sarawak yang dilantik sebagai menteri dalam kabinet dapat menyuarakan kepentingan serta hak-hak Sarawak.

"Saya sangat mengalu-alukan pembentukan kerajaan perpaduan ini dan saya mengharapkan ramai wakil rakyat daripada Sarawak juga akan dilantik dalam kabinet kerajaan perpaduan ini," katanya.

Justeru dengan adanya pelantikan ini ia akan menambah dan merancakkan lagi pembangunan di Sarawak.


(Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian)


(Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab)

Media Baharu