fb fb fb fb fb

Malaysia kutuk serangan bom berani mati di Jawa Barat

(FOTO AFP)

PUTRAJAYA, 7 Disember- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati yang berlaku di Balai Polis di Jawa Barat, Indonesia pada jam 8.20 pagi tadi.

Serangan tersebut dilaporkan telah mengakibatkan kematian kepada pengebom dan seorang anggota polis manakala tujuh anggota polis lain tercedera.

Menerusi satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan Malaysia berharap agar pihak yang mendalangi serangan itu segera dibawa ke muka pengadilan.

"Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Indonesia serta kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut.

"Malaysia juga berdoa agar diberikan kesembuhan segera kepada mangsa-mangsa yang tercedera,"menurut kenyataan itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta juga mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi melalui nombor telefon: +62 21 5224947 (pertanyaan umum), +62 813 8081 3036 (urusan kecemasan selepas waktu pejabat) atau melalui e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..


(FOTO AFP)

Media Baharu