fb fb fb fb fb

Kementerian Komunikasi dan Digital perlu masa sebelum pelaksanaan 5G

PUTRAJAYA, 7 Disember- Kementerian Komunikasi dan Digital memerlukan tempoh beberapa minggu bagi memastikan hala tuju pelaksanaan projek rangkaian 5G di negara ini.

Menurut Menterinya, Fahmi Fadzil, satu pertemuan bersama Kementerian Kewangan (MOF) akan diadakan pada minggu hadapan.

"Dalam mesyuarat jemaah menteri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa kementerian ini dan MOF perlu mengadakan penilaian teknikal dan meneliti beberapa aspek untuk memastikan rangkaian 5G tidak terganggu dan pelaksanaannya dipercepatkan," jelasnya dalam sidang media di Putrajaya.

Isnin lalu, Anwar Ibrahim menjelaskan pelancaran rangkaian 5G perlu dikaji semula kerana ia tidak dilakukan secara telus, "tanpa proses tender yang betul".

Sebelum ini Digital Nasional Berhad (DNB) menegaskan bahawa proses tender bagi pelancaran rangkaian itu dilakukan secara telus dan diuruskan oleh firma perakaunan terkemuka Ernst & Young.

(Fahmi Fadzil)

Media Baharu