fb fb fb fb fb

Kerajaan terbuka terima cadangan bantu pesawah miskin

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 7 Disember- Kerajaan terbuka untuk menerima cadangan lebih baik dalam membantu pesawah miskin.

Perdana Menteri dalam hantaran Twitternya berkata, tumpuan kerajaan buat masa ini adalah menggunakan kuasa untuk membela kepentingan rakyat, terutamanya pesawah miskin.

"Kalau ada pihak lain yang ingin menyanggah usaha kerajaan dalam membantu pesawah miskin, pihak tersebut dipersilakan mengusulkan alternatif.

"Saya terbuka menerima cadangan yang lebih baik,"katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar menjelaskan arahan Kerajaan Persekutuan untuk syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada pesawah miskin bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan, bukan bertujuan merobohkan empayar perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Sementara itu, dalam satu lagi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri memberi bayangan calon-calon Timbalan Menteri juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Beliau membuat hantaran tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet mingguan yang berlangsung pagi tadi.

"Alhamdulillah, mesyuarat kabinet mingguan pagi tadi berjalan dengan suasana yang harmoni dan produktif.

"Saya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin,"katanya.


(FOTO FB Anwar Ibrahim)


(FOTO FB Anwar Ibrahim)

Berita berkaitan 
RM60 juta kepada pesawah bukan untuk roboh empayar Syed Mokhtar

Media Baharu