fb fb fb fb fb

Tiga tahun tutup, dua wad di HSI kembali beroperasi

(Ling Tian Soon melakukan lawatan ke HSI)

ISKANDAR PUTERI, 15 Jun- Dua wad yang dikosongkan selama hampir tiga tahun di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Johor akibat kekurangan petugas kini kembali beroperasi.

Exco Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian Soon berkata, pengoperasian Wad 9A dan 10A itu mampu menempatkan seramai 40 pesakit pada satu-satu masa serta dapat menyegerakan rawatan.

Setiap wad tersebut boleh memuatkan sehingga 54 katil dan penambahan katil akan dilakukan secara berfasa bagi memberi ruang kepada petugas baharu mendapatkan latihan.

Wad 9A digunakan bagi rawatan pediatrik kanak-kanak, manakala Wad 10A sebagai wad perubatan biasa.

"Pada sesi lawatan mengejut pada 31 mei lalu, kami dapati wad pediatrik HSI memang melimpah, sampai ke laluan jalan kaki dan setiap sudut diletak katil pesakit," katanya selepas sesi Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor.

Tambah Tian Soon, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang dengan Kementerian Pertahanan, berkenaan perolehan tanah untuk membina hospital awam baharu di Johor.

(Ling Tian Soon)

Media Baharu