(Menteri Sumber Asli dan Perubahan Iklim menerima penghargaan daripada Pengerusi Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
pada Majlis Persidangan Hijau MIDF 2023/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 15 Jun- Negara yang menguasai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta teknologi hijau akan terus berkembang maju.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ini berikutan ESG semakin penting dalam bidang perniagaan, perdagangan dan pelaburan.
"Berdasarkan kepada Laporan Tinjauan Peralihan Tenaga yang disediakan International Renewable Energy Agency (IRENA), untuk mencapai sifar karbon menjelang 2050, Malaysia perlu mempunyai sejumlah RM637 bilion untuk pelaburan seperti memasang sistem baharu", katanya.
(Foto hiasan)
Pihaknya juga melihat gas asli cecair sebagai satu sumber untuk bergerak ke arah sifar bersih.
Justeru, kerajaan akan terus komited untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon.
Beliau berkata demikian selepas ucaptama Persidangan Hijau MIDF di ibu negara.