SUNGAI PETANI, 9 Mei- Tiga buah rumah teres terlibat dalam kebakaran di Taman Sri Tanjung, di sini petang semalam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.57 petang.
Dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya dan BBP Sg Petani bersama 12 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Tindakan pantas bomba dibantu 30 anggota bomba sukarela bersama tiga lagi jentera bomba berjaya memadamkan kebakaran yang mengakibatkan kemusnahan rumah sehingga 60 peratus.
(Percikan api kelihatan di salah sebuah rumah yang terbakar)
Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.