KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat Taufan Bualoi di Vietnam yang telah menyebabkan banjir besar sehingga meragut nyawa, merosakkan infrastruktur dan menyebabkan ratusan keluarga terpaksa berpindah.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Luar berkata Kedutaan Besar Malaysia di Hanoi dan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh sedang memantau rapi keadaan itu susulan Taufan Bualoi melanda negara itu pada 29 Sept.
“Kedutaan dan Konsulat turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Vietnam, khususnya kepada mangsa dan keluarga yang terkesan akibat bencana alam itu.
Media sebelum ini melaporkan Taufan Bualoi telah meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa.
Sementara itu, Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya terus berwaspada serta mengikuti perkembangan dan arahan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar atau mengemas kini maklumat diri digalakkan berbuat demikian di https://ekonsular.kln.gov.my.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Hanoi di 43–45 Dien Bien Phu Street, Ba Dinh Ward, Hanoi City, Vietnam, melalui telefon +8424-3734 3836 / +849-0418 5610, atau e-mel di
Bagi bantuan konsular di selatan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh di 109 Nguyen Van Huong, An Khanh Ward, Thu Duc City, Ho Chi Minh City, Vietnam, melalui telefon +8428-3829 9023 / +8476-564 9660, atau e-mel di