fb fb fb fb fb

Sultan Kelantan rai bersama rakyat sempena Hari Keputeraan

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan hadiah kepada Anugerah Pengakap D’Raja/FB MB Kelantan

KOTA BHARU, 1 Oktober - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Majlis Taman (Majlis Raja Bersama Rakyat) bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan kerabat Diraja Kelantan.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan barisan pimpinan kerajaan negeri Kelantan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Turut diserikan dengan persembahan kebudayaan yang dipersembahkan oleh pelajar sekolah.

Dalam majlis itu baginda berkenan mengurniakan hadiah kepada Sekolah Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Anugerah Bulan Sabit Merah Biasiswa Tengku Anis dan Anugerah Pengakap D’Raja.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ