fb fb fb fb fb

Anggota tentera ditemukan lemas

POKOK SENA, 9 Mei- Seorang anggota tentera ditemukan lemas di Kampung Banggol, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa dikenali Aliff Aswad Amir Zaidin Noor, 26 tahun.

Jelas beliau, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.14 pagi sebelum anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

"Mangsa dipercayai keluar memancing ikan sebelum terjatuh dan lemas di sungai tersebut yang terletak berdekatan kediaman keluarganya.

Tindakan anggota bomba melakukan pencarian di kawasan permukaan air membawa kepada penemuan mangsa di lokasi terbabit pada pukul 10.44 pagi," katanya

(Pihak berkuasa mengangkat mayat mangsa, Aliff Aswad Amir Zaidin Noor ke dalam trak polis)

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Media Baharu