fb fb fb fb fb

Tiga PPS dibuka, banjir enam buah kampung di Kedah

(Foto Facebook APM Negeri Kedah)

PADANG TERAP, 27 Oktober- Tiga pusat pemindahan sementara PPS dibuka di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap susulan banjir di enam buah kampung malam tadi.

Sejumlah 164 penduduk terjejas daripada 50 keluarga ditempatkan di ketiga- tiga PPS berkenaan setakat jam 8.00 pagi tadi.

Di Padang Terap seramai 76 penduduk terjejas daripada 23 keluarga ditempatkan di kedua- dua PPS berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap Leftenan (PA) Roshidi Kassim @ Md Rejab berkata PPS dibuka pukul 11.46 malam tadi ,di Sekolah Kebangsaan(SK) Perik dan SK Tualak.

Hujan lebat sejak pukul 5.00 petang semalam menyebabkan paras air Sungai Janing meningkat sehingga berlaku banjir melibatkan Kampung Perik,Kampung Labi dan Kampung Bendang Raja.

Sementara itu di daerah Kubang Pasu, satu PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Binjai Jitra daerah Kubang Pasu berikutan banjir di tiga buah kampung malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu,Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi menerusi kenyataan memaklumkan seramai 88 penduduk terjejas daripada 27 keluarga ditempatkan di PPS berkenaaan.

PPS dibuka pukul 10.00 malam tadi dengan menempatkan penduduk terjejas banjir dari Kampong Telok dan Kampung Bendang Dalam dan Tanjung di mukim Binjai.

Kerja kerja memindahkan penduduk terjejas banjir turut melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM,polis,Angkatan Tentera Malaysia
ATM,Jabatan Sukarelawan Malaysia Real dan pejabat daerah.


(Foto Facebook APM Negeri Kedah)

Media Baharu