fb fb fb fb fb

JPJ keluar 505 notis pelbagai kesalahan di Johor

JOHOR BAHRU, 27 Oktober- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 505 notis atas pelbagai kesalahan, menerusi Ops Pengarah, dijalankan di persimpangan Jalan Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

Menerusi kenyataan JPJ Johor, operasi melibatkan lapan anggota Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Johor, dengan mensasarkan pemandu warga asing (PeWA).


(Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, melakukan operasi Pengarah di persimpangan Jalan Bandar Pasir Gudang)

Hasil daripada penguatkuasaan yang dijalankan sebanyak 834 kenderaan telah diperiksa

JPJ Johor mengeluarkan sebanyak 505 notis membabitkan 545 kesalahan dikesan, antaranya 208 notis P22 kerana tiada lesen memandu, dan 132 notis Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Sembilan buah kenderaan telah disita dibawah Sek 64 (1) dan 473 notis P22 dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu (CDL)

Selain 125 notis tiada perlindungan insurans, dan sembilan kenderaan, disita.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JPJ memaklumkan, sebarang aduan trafik boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.


Media Baharu