fb fb fb fb fb

Paras air pasang besar di Kuala Kedah meningkat

(Foto APM Kota Setar)

ALOR SETAR, 27 Oktober- Susulan fenomena air pasang besar di Kuala Kedah.

Paras kenaikan air pasang yang dicatatkan awal pagi tadi adalah pada 3.00 meter iaitu 0.02 meter lebih tinggi berbanding semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar,Kapten Pertahanan Awam Norlizawati Ismail berkata kenaikan itu menyebabkan 37 buah rumah dan 19 kedai di Taman Seri Putra Kuala Kedah terjejas.

Bagaimanapun air di kawasan terjejas dilaporkan telah surut pagi tadi.

Katanya selain itu, beberapa rumah di sepanjang Jalan Tok Pasai turut dimasuki air.

Paras kenaikan air pasang yang dicatatkan semalam 2.98 meter .

Ia berdasarkan pemantauan yang dilakukan anggota APM dan dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia RELA dari pukul 1.27 pagi hingga 2.10 pagi tadi.

Kenaikan paras air pasang juga dicatatkan di Pasar Kota Marin dan Terminal Penumpang Feri Kuala Kedah.

Setakat ini keadaan cuaca dilaporkan baik.


(Foto APM Kota Setar)

Media Baharu