fb fb fb fb fb

713 petugas kesihatan Terengganu ditugaskan di PPS

TERENGGANU, 27 Oktober- Seramai 713 petugas Jabatan Kesihatan Terengganu akan ditugaskan bagi membantu penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara seluruh negeri itu.

Ia sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut mulai bulan depan.

 
(Pengarah Kesihatan Terengganu, Dato’ Dr. Kasemani Embong)

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dato’ Dr. Kasemani Embong berkata, 346 petugas akan mengendalikan aktiviti kawalan penyakit sebelum, semasa dan pasca banjir di PPS.

Manakala selebihnya berada dalam mode siap sedia jika berlaku kecemasan di PPS.

Selain sumber manusia, fasiliti, ubat ubatan dan logistik juga berada dalam siap siaga.

"Kita sudah kenal pasti, klinik yang ada kemugkinan di tenggelami air banjir dan sudah kenal pasti kenderaan yang perlu diguna pakai semasa banjir serta keperluan peralatan banjir dan genset.persediaan kumpulan kesihatan. Kita akan tempatkan di PPS mengikut bilangan mangsa banjir..lebih 1,000 kita tetapkan secara stastitik, jika bawah dari itu kita akan pergi setiap hari," katanya.

Terdahulu beliau merasmikan sambutan hari kesihatan mental dan jantung sedunia peringkat negeri di Dungun.

Media Baharu