fb fb fb fb fb

Qariah OKU Mesir seru umat Islam bersatu perjuang al-Quran

Asmaa Adel Sayed Ahmed Mohamed/ Foto JAKIM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Peserta orang kurang upaya (OKU) terus mendapat perhatian para penonton Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-65 pada hari keempat.

Qariah dari Mesir, Asmaa Adel Sayed Ahmed Mohamed, seorang OKU penglihatan yang juga merupakan guru al-Quran berharap seluruh umat Islam akan bersatu memperjuangkan al-Quran.

"Seperti yang dinyatakan tadi, harapan beliau adalah untuk terus menceburi bidang al-Quran, dan beliau mengharapkan agar kita semua berganding bahu bersama-sama mempelajari al-Quran.

"Beliau turut mendoakan agar kita semua dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah SWT," jelasnya ketika diwakili penterjemah di sini.

Beliau mengakui bahawa ketidakupayaan melihat seperti manusia normal menyukarkan dirinya untuk membaca al-Quran pada peringkat awal, namun berkat usaha dan sokongan ibu bapanya, beliau berjaya menjadi seorang hafizah al-Quran pada usia sembilan tahun.

Bekas pelajar Fakulti Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar itu pernah memenangi tempat pertama dalam kategori hafazan al-Quran pada pertandingan tilawah peringkat tempatan dan menjuarai Pertandingan Antarabangsa di Mesir Kali Ke-29 bagi kategori golongan berkeperluan khas.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM