PUTRAJAYA, 7 November- Sebanyak 12,000 rakyat Malaysia didiagnos menghidap penyakit jarang jumpa dan telah menerima rawatan dua hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang dengan jumlah sebenar dijangka lebih tinggi.
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, daripada jumlah tersebut sebanyak 492 jenis penyakit jarang jumpa telah dikenal pasti, namun hanya lima peratus daripadanya mempunyai rawatan khusus.
"Penyakit jarang jumpa itu adalah suatu penyakit yang boleh mengancam nyawa dan lazimnya bersifat kronik. Jika di Malaysia masih belum ada satu data khusus berkaitan penyakit jarang jumpa. Data yang ada ketika ini hanyalah berpandukan kepada dua hospital besar iaitu Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan forum Dasar Penyakit Jarang Jumpa Asia Tenggara: Memperkukuh Kerjasama Serantau untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Pesakit di ASEAN di Putrajaya
Di Asia Tenggara, lebih 45 juta penduduk dianggarkan mengidap penyakit tersebut dan masih berdepan dengan cabaran utama termasuk kelewatan diagnosis, kekangan akses rawatan serta kekurangan sokongan sosial dan kesihatan secara menyeluruh.