fb fb fb fb fb

Tiga penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk

(FOTO IHSAN IPD PETALING JAYA)

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika berteduh di bawah jejambat di Kilometer 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang, NKVE menghala selatan pagi tadi.

Tiga mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Ambul Hamid memaklumkan, hasil ujian pengesanan alkohol mendapati pemandu kenderaan itu berada bawah pengaruh alkohol melebihi kadar dibenarkan.

Dalam kejadian pukul 5.59 pagi itu, kesemua mangsa yang berusia 19 hingga 37 tahun.

Siasatan awal mendapati kereta Honda City Hatchback dipandu suspek sedang menuju ke Cyberjaya sebelum hilang kawalan dan terbabas dan melanggar enam mangsa yang sedang berteduh di bawah jambatan.

Pemandu kereta berkenaan ditahan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.


(FOTO IHSAN IPD PETALING JAYA)

Media Baharu