fb fb fb fb fb

Tiga orang cedera, bumbung asrama runtuh

GEORGE TOWN, 9 November- Seramai tiga penghuni asrama Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, Jalan Scotland cedera selepas sebahagian struktur bumbung bangunan itu runtuh malam tadi.

Ketua Balai Bomba Jalan Perak, A’azelan Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berlaku pada pukul 9.42 malam tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

"Pihak bomba mendapati berlakunya runtuhan bumbung pada bangunan asrama berkeluasan 30x60 kaki persegi.

"Seramai 30 penghuni asrama berada di bangunan berkenaan semasa kejadian berlaku, manakala tiga mangsa dilaporkan cedera ringan," katanya.

Semua mangsa yang terlibat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. Manakala, 26 penghuni yang selamat ditempatkan sementara di asrama Wisma Yatim Lelaki, di Jalan Air Itam.

Beberapa pemimpin kerajaan negeri serta pengurusan kanan asrama tersebut hadir ke lokasi kejadian semalam selepas menerima berita tersebut.


(Sebahagian struktur bangunan asrama Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang
yang runtuh malam tadi)

Media Baharu