fb fb fb fb fb

Tiga maahad tahfiz dijadikan maahad tahfiz TVET

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengambil tiga buah maahad tahfiz angkat untuk dijadikan maahad tahfiz Program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET).

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan, kementeriannya turut akan menambah jumlah maahad tahfiz menjelang akhir tahun ini.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

"Kita telah memulakan dengan tiga dahulu dan insya-Allah akhir tahun ini akan ada 10 di bawah TVET tahfiz

"Kita akan melatih mereka huffaz ini, yang ada hafal 30 juzuk dan dalam proses hafal 30 juzuk supaya menjadi pelajar TVET.

"Kita memberikan kursus-kursus kemahiran, elektrik, pembaikan motor dan mereka ini buka sekadar kemahiran, sebenarnya mereka akan mengambil sijil, kemudian diploma, ijazah pertama", katanya pada sidang media Majlis Himpunan 23,000 Huffaz di ibu negara.

Tambah beliau, jawatankuasa Projek Khas yang dipengerusikan beliau sendiri turut melibatkan pelbagai agensi dan kementerian telah membangunkan tujuh modul bagi merealisasikan agenda melahirkan generasi huffaz profesional.

Media Baharu