fb fb fb fb fb

Dana RM2 juta kepada Pinta, perkasa institusi tahfiz

(Foto Bernama)

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Kerajaan bersetuju menyumbangkan dana RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ia sebagai sokongan kerajaan untuk mempertingkatkan kebajikan maahad tahfiz di negara ini.

"Dana tersebut untuk membantu maahad tahfiz yang tidak dapat bantuan daripada kerajaan.

"Jadi maahad tahfiz yang tidak berdaftar sukar dibantu sebab ia tidak memenuhi syarat, Yayasan Pinta akan membantu dan melakukan yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Himpunan 23K Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan pada
Majlis Himpunan 23K Huffaz Malaysia di Majlis Wilayah Persekutuan/Foto Bernama)

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 atas persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bagi mempertingkatkan ekosistem pendidikan tahfiz negara yang selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.

Media Baharu