fb fb fb fb fb

Tiga lori digerakkan bawa petugas, calon SPM ke pusat peperiksaan

Calon SPM di Perlis dibawa ke pusat peperiksaan menaiki lori /RTM

KANGAR, 25 November- Tiga buah lori tiga tan digerakkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis bagi membawa kertas peperiksaan, petugas peperiksaan dan calon yang terjejas banjir ke pusat peperiksaan pada hari pertama ujian bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini.

Menurut Pengarah JPN Perlis, Rose Aza Che Arifin keberadaan calon calon peperiksaan SPM turut dipantau rapi pihaknya selain menempatkan mereka di asrama.

Seramai 393-calon telah dikesan terjejas dengan banjir di Perlis.

Tambah Rose Aza, setakat ini, lima pusat peperiksaan dilaporkan terjejas banjir melibatkan SMK Syed Hussein, SMA Al-MAAD, SMK Dato’ Sheiks Ahmad , SMK Agama Arau dan SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah.

SITI NOORAIN ABDULLAH