fb fb fb fb fb

Tiga lemas ketika aktiviti rakit redah jeram di Sungai Kampar

Tiga individu dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti rakit redah jeram di Sungai Kampar, Gopeng pada Jumaat / Foto JBPM Perak

GOPENG, 15 November – Tiga individu dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti rakit redah jeram di Sungai Kampar, di sini pada Jumaat.

Mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan peserta yang mengikuti kursus pengukuhan pasukan di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 5.56 petang dan segera menghantar 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, ketiga-tiga mangsa berjaya dinaikkan ke tebing sungai oleh orang awam. Dua mangsa dinaikkan di tebing berhampiran Kampung Pintu Padang, manakala mangsa ketiga berjaya dinaikkan kira-kira 400 meter dari lokasi pertama,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat mereka dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN