SHAH ALAM, 15 November - Penjawat awam di Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bayaran pertama akan diterima pada 30 Disember ini dan kedua pada 25 Mac 2025 sempena Aidilfitri.
"Justeru, kita telah mengumumkan peruntukan BKK sebelum ini yang telah diterima adalah sebanyak satu setengah bulan. Dimana setengah bulan pada Februari lalu dan satu bulan sebelum Aidilfitri yang lepas.
"Suka saya ingin mengumumkan, BKK yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah tambahan lagi dua bulan kepada seluruh penjawat awam negeri Selangor.
"Ini meliputi pelbagai syarat-syarat telah kita tetapkan dengan satu bulan akan dibayar pada 31 Dis depan dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac tahun hadapan bersempena menyambut Aidilfitri," katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini hari ini.
Menurutnya, ini adalah sebagai penghargaan kepada warga penjawat awam yang turut sama membantu dalam mencapai beberapa rekod yang boleh dibanggakan.