fb fb fb fb fb

Perak terima pakai keputusan MKI isytihar GISBH sesat

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad / Foto RTM

LENGGONG, 15 November – Perak akan menerima pakai keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang memutuskan ajaran, fahaman, dan pegangan ahli GISBH Holdings (GISBH) adalah sesat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri akur dengan keputusan tersebut dan akan mengambil langkah-langkah perlu termasuk dari segi penguatkuasaan.

“MKI ini dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Ia menjadi standard untuk seluruh negara. Oleh itu, kita akur dan akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang bertentangan dengan keputusan MKI,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Sesi Libat Urus Bersama Pengendali Industri Pelancongan Daerah Lenggong di Resort Tasik Raban, di sini.

Keputusan itu juga akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) yang dijadualkan pada 27 November ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN