KUALA LUMPUR, 15 November- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengucapkan takziah kepada keluarga ketiga tiga warga agensi tersebut yang meninggal dunia ketika mengikuti kursus pengukuhan pasukan (team building) di Gopeng Perak.
Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) khususnya Jabatan Kerja Raya berdukacita dengan berita yang menyedihkan ini dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
"Saya difahamkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti aktiviti rakit arus deras di Sungai Kampar, petang tadi.
"Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, mangsa yang meninggal dunia melibatkan peserta dari JKR Langkawi seramai dua orang dan seorang dari JKR Seberang Perai Tengah," menurut hantaran itu.
Dalam pada itu beliau telah meminta pasukan kementerian dan JKR di negeri terlibat untuk memberi bantuan dan sokongan yang sewajarnya.
BERITA BERKAITAN: