fb fb fb fb fb

Tiga lelaki ditahan bersama 97 kotak berisi pelbagai mercun dan bunga api

KUALA KRAI, 23 Mac - Sebanyak 97 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM45,000 dirampas Unit MPV Polis di Kuala Krai Ahad lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, pemandu lori berusia 24 tahun serta dua rakannnya yang berusia 32 dan 57 tahun itu ditahan di Batu Jong ketika dalam perjalanan membawa barang api itu ke selatan negara.

Kotak-kotak mercun itu dibawa menggunakan sebuah lori yang ditutup dengan kanvas.

"Daripada siasatan kami, lori yang membawa mercun itu merupakan lori sewa. Mereka ni kadang-kadang tidak tahu barang apa yang mereka bawa itu. Tugas mereka (pemandu lori) hanya hantar barang ke lokasi yang ditetapkan. Jadi pihak polis masih menyiasat siapa atau kumpulan mana yang berada dibelakang mereka ini," kata Shafien di sini.


(Shafien berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media mengenai
rampasan mercun terbabit di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai)

Jelas Shafien, rampasan ini merupakan yang pertama di Kelantan membabitkan mercun dan bunga api untuk tahun ini

Beliau percaya barang-barang tersebut diseludup untuk tujuan pasaran pada bulan ramadan dan hari raya Aidilfitri.

Kesemua suspek direman selama empat hari bermula 20 Mac lalu dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan tujuh tahun penjara atau denda RM10,000.

Tegas Shafien, pihak polis sentiasa memantau pergerakan penyeludupan dari semasa ke semasa sebagai langkah awal mengekang sebarang penyeludupan mercun dan bunga api di negeri itu.

Media Baharu