fb fb fb fb fb

Lapan remaja ditahan polis, disyaki lakukan perbuatan khianat di kolam sebuah pusat membeli belah

KLUANG, 23 Mac- Sekumpulan lapan remaja ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan khianat di kolam hiasan sebuah pusat membeli belah di Kluang, Johor pukul 9.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Low Hang Seng menerusi kenyataan berkata lapan remaja berumur 16 hingga 19 tahun direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Rakaman video berdurasi 55 saat itu tular pukul 4 petang semalam setelah dimuat naik pemilik akaun Facebook 'Aku Budak Kluang'.


(Kenyataan media dikeluarkan IPD Kluang, Johor berhubung video tular terbabit)

"Kejadian yang berlaku 5.30 pagi semalam jelas memaparkan tingkah laku sekumpulan penunggang motosikal membuat khianat terhadap harta dengan menuang dua tong cecair pencuci ke dalam kolam hiasan di pusat beli belah tersebut," kata kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap harta.

Media Baharu