KUALA LUMPUR, 23 Mac - Sebanyak 4,186 jawatan tetap tambahan akan diwujudkan di Kementerian Kesihatan tahun ini bagi menyelesaikan isu pekerjaan bertaraf tetap bagi graduan program perubatan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata ia meliputi 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi.
"Menteri Kesihatan telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemegang taruh umpamanya ,KPT,KPM,JPA dan pihak Univerisiti untuk berbincang bagaimana hala tuju masa depan dan sebagainya.
"Seperti yang saya maklumkan, mulai sekarang sampailah 2025 kita telah memberikan jawatan tetap tahun ini 4186 dan seterusnya sekurang-kurangnya 1500 perjawatan tetap diberikan utk mereka menyambung tugas," katanya menjawab soalan menjawab soalan wakil Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus di Dewan Rakyat, hari ini.
Tambah Noor Azmi, sebelum ini dimaklumkan, sebanyak 8,686 jawatan tetap tambahan membabitkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi diwujudkan di KKM untuk tempoh 2022 hingga 2025.