fb fb fb fb fb

Tiga Komuniti di Perlis terpilih laksana Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE)

PADANG BESAR, 27 November-Komuniti Kampung Nesam, Komuniti Rancangan Perumahan Awam Arau dan Komuniti Felda Rimba Mas, di sini terpilih untuk melaksanakan Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE)

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan LPPKN, Adzhar Ismail, LPPKN telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program yang memberi fokus kepada pengukuhan institusi keluarga dan komuniti iaitu projek pembangunan model pengukuhan keluarga dan komuniti.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) sejak 2016.

Beliau menyatakannya kepada media pada Jelajah Kasih Keluarga Siri 5/2022@ Komuniti FACE 4.0 sempena Sambutan Bulan Keluarga Peringkat Negeri di Felda Rimba Mas, Padang Besar.

Program itu melibatkan 46 komuniti terpilih di seluruh negara.

Lebih 200 komuniti Felda Rimba Mas hadir pada program berkenaan, yang turut dihadiri Pengarah LPPKN Negeri, Naemah Ibrahim

Media Baharu