KUALA LUMPUR, 27 November - Penyatuan yang merentasi idealogi politik dibawah kerajaan perpaduan penting bagi menangani isu utama yang dihadapi rakyat ketika ini.
Ini kerana isu ekonomi memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang melangkaui kepentingan politik agar satu pelan tindakan dapat dibuat.
Penganalisis Politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata ideologi politik harus diketepikan bagi memartabatkan semula kehidupan masyarakat dan pemulihan ekonomi.

"Dalam soal ini yang penting politik perlu dihentikan sementara, gencatan politik dilakukan semata mata untuk memartabatkan semula kehidupan masyarakat dan ekonomi dibaik pulih, merancakkan semula hubungan dengan pelabur asing di luar dan ekonomi domestik...itu barangkali mampu dilakukan sekiranya masing-masing mencari pendekatan terbaik untuk semua," kata Profesor Dr Sivamurugan kepada RTM.
Senada dengan pandangan tersebut, Penganalisis Ekonomi Putra Business School (UPM), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.
Katanya, selepas dua tahun negara dilanda krisis politik dan kesihatan, sudah sampai masanya kerajaan serta barisan kabinet yang bakal ditubuhkan kelak menumpukan sepenuhnya kepada ekonomi rakyat dan negara.

"Bagaimana kos bekalan makanan, sara hidup, kadar gajiaan agar lebih kompetetif, peluang kerajaan yang lebih baik, ruang perniagaan ditingkatkan dan semua ini menjadi agenda kerajaan tahun ini dan tahun hadapan," kata Profesor Madya Dr Ahmed Razman.