fb fb fb fb fb

Miliki 277.9g Metamphetamine, wanita Myanmar dijatuhi penjara 12 tahun

KOTA BHARU, 27 November-Seorang wanita warga Myanmar dipenjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 277.9 gram dalam sekatan jalan raya di Tanah Merah pada September 2019.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Soe Soe, 53, mengaku bersalah pada akhir perbicaraan.


(Tertuduh Soe Soe, dibawa ke kamar Mahkamah Tinggi Kota Bharu)

Mohamad Abazafree menerusi alasan penghakiman berkata, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dan mahkamah wajar memberi pertimbangan terhadap pengakuan berkenaan.

Katanya, apatah lagi tertuduh seolah-olah menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab, namun mahkamah perlu mengambil serius terhadap jenayah berat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memiliki dadah berbahaya Methamphetamine seberat 277.9 gram di SJR di Lalang Pepuyu, Tanah Merah jam 1.30 pagi pada 8 September 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman penjara minimum lima tahun sehingga 20 tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad dan tertuduh diwakili peguam, Cheang Chu Yong.

Media Baharu