fb fb fb fb fb

Tiada kawasan baharu bina rumah di Kampung Orang Asli Batu 8

ROMPIN, 27 November- Penduduk Kampung Orang Asli Batu 8 di sini berharap penempatan lebih baik dapat disediakan untuk generasi akan datang.

Perkampungan yang dibuka pada tahun 1948 itu kini menempatkan hampir 800 penduduk.

Salah seorang penduduk Kampung Orang Asli Batu 8, Siah Enchuan berkata pertambahan bilangan penduduk menyebabkan kampung berkenaan tidak mempunyai kawasan baharu mendirikan kediaman.

"Generasi kedua dan ketiga di kampung ini terpaksa menumpang rumah ibu bapa dalam tempoh lama kerana tidak mempunyai kawasan baharu mendirikan kediaman," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini.


(Zainal Yan berharap kemudahan lain seperti dewan serbaguna
dapat disediakan untuk kemudahan penduduk)

Kerajaan negeri sebelum ini telah mewartakan 80 ekar tanah adat untuk masyarakat itu, namun diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Seorang lagi penduduk Kampung Orang Asli Batu 8, Zainal Yan berharap kemudahan lain seperti dewan serbaguna dapat disediakan untuk kemudahan penduduk.

"Penduduk kampung berharap kerajaan negeri dapat menyediakan dewan, sebagai tempat mesyuarat dan aktiviti lain," katanya.

Media Baharu