fb fb fb fb fb

Amalan pelantikan ke jawatan menteri sebagai satu ganjaran perlu dihentikan - Anwar

(FOTO BERNAMA)

PUTRAJAYA, 27 November - Amalan yang menjadikan pelantikan ke jawatan menteri sebagai satu bentuk ganjaran perlu dihentikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu anggota kabinet yang akan dibentuk nanti menyokongnya berdasarkan dasar-dasar yang dilakukan dan komitmen tadbir urus yang baik termasuk usaha anti-rasuah dan pemulihan ekonomi.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / FOTO BERNAMA)

"Keputusan saya untuk mengecilkan kabinet sebab tidak mahu meneruskan pelantikan menteri sebagai satu ganjaran. Kita boleh pertimbangkan satu atau dua kes yang benar-benar diperlukan, tetapi ia tidak sepatutnya dilihat sebagai memberi ganjaran kepada pemimpin politik agar mereka menyokong anda," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022, di sini.

Merujuk kepada tarikh pengumuman barisan Kabinet, Anwar berkata ia akan dibuat dalam beberapa hari akan datang kerana beliau sedang berbincang dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya mengadakan perbincangan yang baik dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (Pengerusi Gabungan Parti Sarawak) semalam...kemudian saya perlu berbincang dengan wakil Barisan Nasional (BN) mereka ada jawatankuasa kerja yang akan memberi beberapa saranan,” katanya.

Media Baharu