fb fb fb fb fb

Tiga kementerian, pengusaha bas persiaran adakan pertemuan pada Julai

Tiong King Sing

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama-sama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengadakan pertemuan dengan pengusaha bas persiaran pada Julai depan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing berkata, perkara itu antara lain bagi membincangkan penyelesaian terbaik berhubung isu penyasaran subsidi diesel dan persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Kita akan panggil mesyuarat bersama-sama pengusaha pelancongan pada Julai. Kita berbincang bersama-sama Kementerian Pengangkutan (MOT), bersama-sama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

"Kita akan duduk bersama-sama dan mendengar semua cerita kemudian kita akan lihat langkah penyelesaian kepada permasalahan itu," katanya kepada pemberita selepas program Sesi Pemantapan Pelan Tindakan Pemasaran Pejabat Tourism Malaysia Luar Negara di ibu negara.

Sementara itu, perincian peraturan baharu bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dilulus jemaah menteri akan diumum dalam masa terdekat.

Menerusi pelaksanaan peraturan baharu itu, pihaknya mahu semua syarikat atau ejen terlibat program MM2H menyediakan perkhidmatan terbaik, sekali gus menjaga imej negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI