fb fb fb fb fb

Banjir di Pulau Pinang: Jumlah penduduk terjejas berkurangan

FOTO RTM

BUKIT MERTAJAM, 26 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pulau Pinang menunjukkan penurunan apabila hanya 475 orang daripada 125 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10.00 malam tadi.

Menurut Pusat Kawalan Bencana Negeri, satu lagi PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir ditutup pada pukul 7.30 malam selepas beroperasi selama tiga hari, sekali gus menjadikan hanya lima PPS masih beroperasi di negeri itu.

PPS berkenaan menempatkan 41 penduduk daripada 10 keluarga sebelum ditutup.

Dua daerah masih terjejas akibat banjir iaitu Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT).

Lima PPS kekal beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Perahu di SPT, manakala SK Lahar Yooi, SK Padang Menora, Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang dan Pusat Penempatan Banjir Labuh Banting di SPU.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD