fb fb fb fb fb

Tiga daerah di Johor dilanda banjir

JOHOR, 24 Januari- Sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor setakat pukul 4.00 petang tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor, tiga daerah terlibat di negeri tersebut iaitu Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.

Kesemua PPS berkenaan menempatkan 1,093 penduduk terjejas daripada 198 keluarga.

Segamat mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 975 penduduk yang ditempatkan di lapan PPS.

Manakala di Kluang, 75 penduduk terjejas di dua PPS dan Kota Tinggi, 43 penduduk terjejas di satu PPS.


(Segamat mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 975 penduduk
yang ditempatkan di lapan PPS)

Media Baharu