fb fb fb fb fb

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa enam negeri hingga 11 pagi

Foto hiasan

PETALING JAYA, 11 November - Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 11.00 pagi ini.

MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat ialah negeri Perak (Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak), manakala di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang).

Kawasan lain yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau).

Selain itu turut terlibat beberapa kawasan di Sarawak iaitu Betong, Sarikei (Sarikei), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Bintulu (Tatau).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran", menurut MET Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN