fb fb fb fb fb

Industri halal antara bidang kerjasama baharu boleh diteroka Malaysia, Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Januari- Pembangunan industri halal terutamanya makanan antara kerjasama baharu yang boleh diteroka bersama Malaysia dan Brunei dalam era pasca-pandemik.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, pelaburan bersama antara Malaysia dan Brunei dalam membangunkan industri halal boleh dilaksanakan dengan baik terutamanya penyediaan makanan halal.

“Apabila adanya keupayaan ini, ia akan membuka lembaran baharu daripada segi kualiti dan pensijilan industri halal yang dapat memberi impak baik. Malaysia dan Brunei antara yang dihormati dalam perkara melibatkan kualiti makanan, penentuan halal produk makanan. Industri halal kita boleh teroka lebih lagi. Ini cadangan awal untuk mencari ruang kerjasama baharu." katanya kepada wakil-wakil pengamal media dari Malaysia dalam satu majlis khas di sini.

Zambry turut menyatakan, selain industri makanan halal, ia turut melibatkan beberapa sektor penting seperti ekonomi digital, minyak dan gas, pembuatan pintar, kecerdasan buatan (AI), pertanian pintar serta pelancongan.

Beliau berada di Brunei bagi mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melakukan lawatan rasmi dua hari bermula hari ini.


(Beliau berada di Brunei bagi mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
yang melakukan lawatan rasmi dua hari bermula hari ini)

Media Baharu