fb fb fb fb fb

Lapor KJRI jika ejen kenakan caj lebih RM15,000 untuk amah

JOHOR BAHRU, 24 Januari- Rakyat Malaysia yang dikenakan bayaran melebihi RM15,000 oleh ejen untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia diminta membuat laporan kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI).

Menurut Konsul Jeneral KJRI di Johor Bahru, Sigit Suryantoro Widiyanto, laporan bagi membolehkan tindakan pencegahan diambil segera.

Pihaknya masih menerima aduan berhubung ejen yang mengenakan bayaran lebih RM15,000 sekali gus tidak mematuhi memorandum persefahaman (MoU) pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) yang dimeterai tahun lalu.

“Pembiayaan untuk mendatangkan pekerja domestik dari Indonesia ke Malaysia maksimum sebanyak RM15,000 dan tidak boleh melebihi jumlah tersebut. Sekiranya melebihi jumlah itu, terus membuat laporan kepada KJRI,” katanya kepada pemberita di sini.

Sejak MoU dimeterai April tahun lepas, lebih 1,000 pembantu rumah Indonesia diberi kebenaran dan permit kerja di negeri ini.

Sementara itu, warga Indonesia tanpa permit sah di negara ini diminta memanfaatkan program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang bakal tamat akhir tahun ini.


(Sejak MoU dimeterai April tahun lepas, lebih 1,000 pembantu rumah Indonesia diberi
kebenaran dan permit kerja di negeri ini)

Media Baharu