fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan pertimbang jadikan Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan acara tahunan

SUNGAI GADUT, 24 Januari- Kerajaan Negeri Sembilan akan mempertimbang menjadikan Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan sebagai acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Taufek Abd Ghani berkata ia susulan maklum balas positif dan sambutan yang diterima menerusi penyertaan dalam kejuaraan yang julung kali diadakan itu.

Katanya, kejuaraan itu telah menerima penyertaan sebanyak 1,500 pesilat daripada 83 buah pasukan dari seluruh negara.

"Kita memberi fokus untuk melahirkan pesilat baru yang bakal mewakili Negeri Sembilan. Cita-cita kita untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad.

Tambahnya, kejuaraan itu platform melahirkan belia yang berkualiti disamping menggalakkan mereka menjadi lebih aktif.


(Tambahnya, kejuaraan itu platform melahirkan belia yang berkualiti
disamping
menggalakkan mereka menjadi lebih aktif)

Media Baharu