fb fb fb fb fb

'Tidak tunduk, terkesan atau kecewa' - Khairy

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Januari - 'Tidak tunduk, terkesan atau kecewa', itu luahan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin selepas pemecatannya sebagai ahli UMNO, malam tadi.

Khairy atau lebih dikenali KJ menerusi kenyataan ringkasnya di Twitter berkata, beliau tidak terkesan dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu.

"Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

'Unbowed, unbent, unbroken'," kata bekas Menteri Kesihatan itu.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan pemecatan kedua-dua mereka disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Tindakan-tindakan itu diumumkan selepas mesyuarat MKT Umno malam tadi.

Ketetapan dibuat oleh mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Zahid Hamidi, tambah Ahmad.

Berita Berkaitan:
Noh, Khairy sah dipecat daripada UMNO, Hishammuddin digantung enam tahun

Media Baharu