fb fb fb fb fb

Tidak perlu polemikkan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia - Annuar

KUALA LUMPUR, 15 AprilKonsep pemberian kemudahan peranti kepada penuntut Insitusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta menerusi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia, tidak seharusnya dibahas atau dipolemikkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, inisiatif itu diwujudkan bagi membolehkan semua penuntut IPTA dan IPTS mempunyai akses kepada kemudahan pembelajaran yang berkualiti dan berterusan.

Beliau berkata, penerangan berhubung perkara itu akan diberi dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang pertikaian dan salah faham yang mengelirukan mengenai kaedah pemberian peranti.

(Tan Sri Annuar usai rakaman rancangan Inklusif di Wisma Berita, Angkasapuri)

"Peranti siswa ialah mewujudkan peranti di mana siswa-siswi ada capaian untuk menggunakannya bagi membantu pembelajaran mereka. Jadi soal pemilikan bukan perkara terpenting tapi kebolehgunaan dan ketersediaan sepanjang mereka belajar.

" Dan ini akan terus diberi penerangan kerana ada pihak yang cuba mempolemikkan perkara ini. Kenapa tidak beri terus? Kenapa pinjam? Sebenarnya bukan pinjam pun. Memberi hak kegunaan, bukan pada satu peranti.

"Jadi kalau peranti rosak, peranti tenggelam banjir dan sebagainya, mereka boleh dapat lagi peranti yang lain. Kalau beri, dapat satu itu saj, kan? Dan kalau rosak dia kena tanggung sendiri. Ini kalau rosak dan sebagainya ada perkhidmatan susulan bawah program ini," kata Annuar selepas rakaman rancangan Inklusif di Wisma Berita, Angkasapuri.

Menurut beliau, pertimbangan mengenai hak milikan terus sebaik pelajar tamat pengajian akan diputuskan kemudian.

Media Baharu