fb fb fb fb fb

Tidak perlu persoal kebebasan badan kehakiman - PM

Foto Hiasan / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan sesetengah pihak tertentu yang mengkritiknya berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) kepada individu-individu tertentu.

Selain turut mempersoal mengenai kebebasan badan kehakiman untuk menyelesaikan isu-isu rasuah dalam negara.

"Seperti yang saya katakan, satu contoh ialah isu rasuah...seorang individu mendapat DNAA dan Perdana Menteri dikecam. Kemudian, minggu berikutnya, individu lain pula mendapat DNAA, dan sekali lagi Perdana Menteri turut dikecam.

"Tetapi mereka ini bercakap tentang kebebasan kehakiman. Jadi jelas daripada kenyataan mereka.. apa yang sebenarnya mereka mahu? Adakah mereka mahu saya menjadi seorang diktator dengan mengarahkan hakim membuat keputusan berdasarkan pandangan peribadi mereka? Atau mereka mahu kita kekalkan sistem sedia ada, ada yang bersetuju dan ada yang tidak.

"Saya sendiri pun tidak setuju dalam beberapa kes. Tetapi itulah maksud kebebasan pihak eksekutif ada kuasanya, tetapi ia juga ada had, berdasarkan prinsip pemisahan kuasa." katanya ketika berucap merasmikan Simposium Kepimpinan ASEAN MADANI di ibu negara.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ