KUALA LUMPUR, 8 November - Seorang murid lelaki berumur 11 tahun meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa akibat lemas ketika menyertai Program Sokongan Keyakinan Air di kolam renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, Rabu lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 5 November lepas dan mangsa kemudiannya digegaskan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM untuk rawatan lanjut.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan itu, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 2:30 petang semalam.
Jenazah Allayarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As Shuhadah Sg. Udang, Melaka.
Menurut Datuk Fadil, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta aspek keselamatan penganjuran program tersebut.