fb fb fb fb fb

Bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas ribut di Parlimen Kangar

Bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas ribut di Parlimen Kangar

KANGAR, 26 Jun- Bencana ribut yang melanda Perlis pada 23 dan 24 Jun lalu menyebabkan sebanyak 30 buah rumah terjejas, selepas struktur dan bumbung diterbangkan angin kencang.

Antara kawasan terjejas ialah Parlimen Kangar melibatkan Wang Bintong, Behor Temak, Teluk Jambu, Kayang, Behor Lateh, Seberang Ramai dan Titi Tok Bandar.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, penyelaras Dewan Undangan Negeri bagi Parlimen Kangar digerakkan bagi menyantuni keluarga terjejas.

Beliau berkata setiap keluarga terjejas menerima bakul makanan bagi meringankan beban ditanggung, sebelum tindakan susulan diambil Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyalurkan bantuan membaiki kediaman yang terlibat.

UMNO Bahagian Kangar sentiasa bersiapsiaga membantu penduduk terjejas yang terlibat bencana dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dinasihatkan supaya sentiasa cakna akan sebarang kejadian berlaku dan segera menyalurkan maklumat bagi memudahkan bantuan disalurkan.

Bantuan kepada penduduk terjejas disampaikan menerusi Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar, Azihani Ali, Penyelaras DUN Bintong, Shahroul Ahmad Doud serta jawatankuasa UMNO Bahagian Kangar mewakili Datuk Dr Fathul Bari.

ROSLINA BINTI DIN