fb fb fb fb fb

Tidak benar perbaharu lesen perniagaan sekiranya tandas kotor

PUTRAJAYA, 3 Februari- Premis perniagaan makanan dan minuman yang gagal memperolehi sijil A untuk kebersihan tandas tidak akan dibenarkan memperbaharui lesen perniagaan bermula tahun hadapan.

Menurut Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming keputusan itu selaras dengan prinsip tandas awam bertaraf Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) yang diperkenal kerajaan Januari lalu.

Jelasnya perkara tersebut akan dilaksanakan secara tiga fasa bermula dari peringkat Bandaraya mulai tahun depan.

"Kita akan ada garis panduan yang dibuat Majlis Perbandaran. Dijangka 18,000 tandas awam juga selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dalam tempoh tiga tahun.

"Kita nak pastikan tandas ini bersih, menawan dan wangi selaras dengan dasar KPKT tandas BMW. Ia akan meningkatkan imej negara selain menjaga kesejateraan rakyat khususnya wanita," kepada media pada program Jalinan Muhibbah KPKT di sini.

Nga turut menegaskan perkara itu akan dilakukan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun dengan kerjasama pemegang taruh, persatuan-persatuan pekedai dan penjaja.

(Nga Kor Ming)

Media Baharu