fb fb fb fb fb

Kerajaan benarkan penjualan mercun dan bunga api

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof menggaul
'Yee Sang' bersama Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta barisan menteri
kabinet pada majlis Jalinan Muhibah KPKT sempena Sambutan Tahun Baharu Cina hari ini/
Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 3 Februari - Kerajaan meluluskan untuk menghalalkan penjualan mercun dan bunga api.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, ia bagaimanapun tertakluk kepada permohonan lesen, import duti, peraturan serta garis panduan yang akan dikeluarkan kelak.

Jelasnya, garis paduan dan peraturannya bakal diperincikan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Manakala isu berkaitan duti akan ditentukan Kementerian Kewangan (MOF).


(Foto hiasan)

"Ia tertakluk kepada permohonan lesen import duti dan juga peraturan-peraturan garis panduan kerana kita tahu pembakaran mercun, bunga api ini menjadi amalan seluruh rakyat Malaysia tak kira Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali mahupun Krismas sekarang orang buat mercun, kesemua yang dapat untung adalah sindiket-sindiket bawah tanah, penyeludupan-penyeludupan masuk," kata beliau kepada media selepas Program Jalinan Muhibbah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sin hari ini.

Tambah Nga, perkara tersebut turut dipersetujui mesyuarat Kabinet semalam selepas mengambil kira penjualan mercun dan bunga api boleh menjadi satu lagi punca pendapatan kepada negara.

Media Baharu