fb fb fb fb fb

50,000 dijangka hadir Festival Turath Islami 2025

Datuk Seri Amirudin Shari menjadi tetamu program Jom Ambil Tahu terbitan SelangorFM / SELANGORfm 100.9

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Lebih 50,000 pengunjung dijangka membanjiri Festival Turath Islami 2025 yang bakal berlangsung dari 12 hingga 20 Julai ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Penganjuran festival anjuran Kerajaan Negeri Selangor itu menampilkan pelbagai program ilmiah seperti daurah kitab, tausiah perdana, serta sesi munaqasyah bersama tokoh ulama tempatan dan antarabangsa.

Antara pembaharuan tahun ini ialah pengenalan dua segmen baharu iaitu Munaqasyah Ilmiah dan Festival Buku Islami, yang dijangka menarik perhatian golongan akademik, pelajar dan pencinta karya keilmuan Islam.

Dua tokoh ilmuwan terkemuka dunia Islam, Profesor Dr. Ali Jum’ah dan Dr. Akram Nadwi turut dijadual hadir bagi menyampaikan syarahan serta berkongsi kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, festival berkenaan bukan sahaja mengangkat martabat ilmu Islam, malah berperanan sebagai pemangkin pelancongan negeri sempena inisiatif Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025.

“Penambahan program seperti pameran buku Islam dan kesenian kebudayaan Islam akan mengisi ruang antara sesi pengisian utama. Kita juga memperkenalkan sistem prapendaftaran, peserta yang mendaftar lebih awal akan menerima sijil serta pengesahan kitab dan bacaan yang diteliti sepanjang festival,” katanya semasa menjadi tetamu program Jom Ambil Tahu terbitan SelangorFM, hari ini.

Festival Turath Islami dijangka menjadi antara platform terbesar menghimpunkan keilmuan Islam klasik dan kontemporari, sambil mengekalkan nilai kebudayaan Islam secara menyeluruh.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE