fb fb fb fb fb

Maklumat pantas dengan evolusi media

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Evolusi media sosial dilihat berjaya menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan cepat dan pantas.

Bagaimanapun, sekiranya tidak dikawal ia boleh menyebabkan berita palsu turut tersebar di akar umbi sehingga mengganggu gugat perpaduan negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata perkembangan media sosial tidak seharusnya dilihat sebagai kekangan kerana ia ada kesan baik dan buruknya.

"Kita tengok di twitter, sebelum kita ulang kicau satu twit kita boleh baca dahulu. Ini sangat bagus. Kita boleh semak kesahihan berita tersebut.

"Aspek ini penting untuk diteliti, kerana tidak mahu penularan berita palsu boleh merosakkan perpaduan dan menimnulkan ketegagan selain disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kesan Tiktok berbanding aplikasi media sosial lain dalam program Ruang Bicara di Wisma BERNAMA.

(Foto hiasan)

Media Baharu